KEMAHIRAN HIDUP

KEMAHIRAN HIDUP

Sunday 20 March 2011

land & farming sinuzula


assalamualaikum dan salam sejahtera..ehem..gambar yang saya post ini adalah projek pembangunan tasik proton yang ada di tanjung malim.ini adalah perancangn sy sahaja.konsepnya adalah untuk jadikan tasik proton kita sebagai ladang ternakan dan pertanian moden serta mesra alam..ape tu.."sustainable" orang putis kata,hehe,,so..mintak antum semua bg cadangan penambahbaikan atau apa2 komen yang yang anda suke..ok eh..thanks..

PERTANIAN & PENTERNAKAN ( FAIZ)



Ilham di tasik proton....proton city tanjong malin, maka tercetuslah satu idea untuk mengubahsuai keadaan kawasan menjadi tapak penternakan & pertanian. kawasan tersebut sesuai kerana mempunyai iklim khatulistiwa yang lembap sepanjang tahun. dengan suhu dibawah 28c sesuai untuk penternakan lembu tenusu dan tanaman berbentuk sayuran. proton city mempunyai tasik yang sangat cantik. Sumber pengairan yang terdapat di tasik tersebut amat penting kepada tanaman dan penternakan. Air disalurkan ke tanaman dengan menggunakan pam. kemudian air tersebut disalurkan melalui paip saluran dan dikeluarkan dengan menggunakan sistem percikan. Manakala untuk ternakan, Dibahagian hujung tasik terdapat kincir angin, kincir angin digunakan untuk menimba air kemudian air yang ditimba akan disalurkan ke tangki untuk kegunaan haiwan. Lembu dipelihara menggunakan kaedah separa intensif dimana lembu dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Dibahagian tengah pula, terdapat pulau buatan. disana menempatkan tempat rekreasi untuk keluarga bersantai-santai sambil melihat pemandangan kawasan sekitar tasik proton. Selain merasai berada di tengah-tengah tasik, pengunjung juga dapat menikmati juadah bersama keluarga. Untuk sampai ke sana, disediakan bot mengangkut pengunjung ke pulau buatan tersebut. Akhir sekali keseimbangan ekosistem amat penting dalam kehidupan sesuatu kawasan. Oleh itu, penjagaan dan pengawasan amat penting agar kawasan tersebut terpelihara.

PERTANIAN NOORMAN


Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam (konvensional @ moden). Penanaman kaedah Fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. kaedah tanaman ini adalah yang terbaik dan berdaya maju. Dalam industri asa tani, misalnya, rumah hijau dibina dengan saiz yang besar dan dilengkapi pelabagai peralatan moden bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya. Rumah hijau sering juga digunakan dalam industri seni taman dan juga untuk tujuan penyelidikan. Melalui pertanian, secara tidak langsung manusia telah mengembalikan keindahan alam yang terjejas akibat revolusi perindustrian yang berlaku pada masa kini yang mengakibatkan pemanasan global. Maka aktiviti pemulihan alam sekitar seperti aktiviti pertanian amat penting agar generasi yang seterusnya dapat hidup dengan selamat dan selesa.

PENTERNAKAN: ZAINUDDIN


Tasik Proton City telah dipilih menjadi projek untuk penternakan kambing dan kuda. Penternakan adalah perniagaan. Ia merupakan satu bidang usaha yang boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ia dijalankan secara terancang, sistematik dan berterusan. Setiap komponen kambing mempunyai nilai pasaran tersendiri. Secara am di Malaysia, industri penternakan kambing adalah kecil berbanding komoditi-komoditi ternakan lain. Jika dibandingkan dengan ayam (121.39%), telur (113.79%) dan lembu (24.88%), tahap saradiri pengeluaran kambing dan daging kambing pada tahun 2007 hanya mencapai 8.75%. bagi penternakan kuda pula, ia jarang dipelihara di malaysia. Peniagaan ini boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ia dijalankan secara terancang, sistematik dan berterusan.

Thursday 17 March 2011

AGRICULTURE AIMAN..


Dengan berlatarbelakang Tasik Proton, Tanjong Malim, Perak.. Saya telah mengubahsuai pemandangan di tasik berkenaan..Sebuah ladang perternakan lembu terletak betul-betul di belakang tasik. Disebelahnya pula terletak ladang gandum yang kekuningan menandakannya sudah boleh dituai. Padi pula menghiasi dan mengindahkan lagi pemandangan di tepi tasik berkenaan..Awan yang membiru pula melengkapkan lagi kawasan tersebut dengan suasana yang sungguh mempersonakan..

Tuesday 15 March 2011

PERTANIAN FIKRI



Saya telah memilih satu rekabentuk pertanian yang bercirikan moden yang digabungkan dengan ciri pertanian masa kini. Di tasik proton ini, saya telah merekabentuk satu bangunan pertanian yang berciri moden yang di bina di tengah tasik iaitu pejabat pertanian, genting Strawbery dan hidroponik farm. Bangunan-bangunan ini telah dihubungkan dengan jambatan yang dibina antara bangunan. Genting strawbery merupakan satu bangunan moden yang dibina untuk menempatkan satu kawasan pertanian tengah tasik bagi tanaman strawberi. Hidroponik Farm pula merupakan satu rekabentuk moden bagi tanaman secara hidroponik. Hidroponik farm ini mempunyai kelebihan iaitu senang mendapatkan punca air dan gangguan serangga perosak. Rumah tanaman serta traktor juga elemen yang dimasukkan dalam rekabentuk ini untuk menonjolkan lagi cirri pertanian. Shamrock farm merupakan satu pusat penternakan moden yang direkabentuk untuk menghasilakan ternakan yang bermutu.